Posts

Showing posts from May, 2017

Hasil Kajian Ringkas : Kemelesetan Ekonomi Malaysia

1.0 Pendahuluan Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang membangun. Oleh itu, tidak mustahil bagi sebuah negara seperti Malaysia ini mengalami kemelesetan ekonomi. Sebelum ini, sektor ekonomi Malaysia yang utama ialah pertanian. Akan tetapi, akibat perubahan masa, struktur ekonomi ini telah berubah dengan adanya sektor lain seperti sektor perindustrian dan sebagainya.   Perubahan struktur ini boleh berlaku sama ada secara sengaja atau secara sendiri (Zulkifli 1992: 3-4). Perubahan ini dikatakan secara sengaja apabila melalui proses yang dirancang oleh kerajaan bagi tujuan pencapaian sesuatu matlamat. Sebaliknya, perubahan juga boleh berlaku tanpa dirancang tetapi mengikut perubahan masa, suasana sosioekonomi, sosiopolitik dan kualiti sumber semasa yang ada (Zulkifli 1992: 4) . Perubahan ini kerap difahamkan sebagai kemajuan dan pembaikan ekonomi sesebuah negara. Kebanyakan negara maju sekarang, kekuatan ekonominya banyak mendapat sumbangan daripada sektor perindustrian.