kesan positif dan satu kesan negatif dasar pecah dan perintah pada zaman kolonial terhadap pembentukan masyarakat pluralistik di Malaysia


1.0       PENGENALAN
Perpecahan kaum merupakan salah satu konflik terburuk dalam sejarah Malaysia. Pada 13 Mei 1969, rusuhan kaum telah berlaku yang mengorbankan kematian seramai 196. Dari segi kaum, jumlah 143 daripada jumlah 196 kematian membabitkan kaum Cina, 25 kaum Melayu, 13 kaum India dan 15 lagi daripada kaum-kaum lain.
“Hari 13 Mei akan tercatit dalam sejarah kita sebagai hari Tragedi Nasional. Pada hari itu asas pendirian negara kita telah menerima paluan yang sehebat-hebatnya pernah dialami dengan meletusnya rusuhan antara kaum. Mujurlah kerajaan telah mengambil tindakan yang segera dan tegas, dibantu dengan setianya oleh pihak tentera dan polis. Maka dapatlah pihak berkuasa mengawal keadaan secepat-cepatnya. Kalau tidak kerana langkah-langkah pencegahan yang telah dilaksanakan dengan segera itu maka tentulah seluruh negeri ini akan tersebar dalam mala petaka yang besar”.
(The National Operations Council, 1974. The May 13 tragedy: A report)
Perpaduan kaum sukar diwujudkan apabila Inggeris mula campur tangan dalam pentadbiran di Tanah Melayu pada tahun 1824. Inggeris campur tangan di Negeri-negeri Melayu yang lainnya bermula dengan Perjanjian Pangkor di negeri Perak (Tajuddin Hussein, Robiah Alias, 2009). Dengan menerapkan konflik dalam setiap etnik, golongan elit ini dapat meningkatkan perpecahan etnik dan dengan demikian juga meningkatkan polarisasi (Horowitz, 2000). Polarisasi dalam masyarakat menguatkan kedudukan golongan elit dan membolehkan mereka mengeksploitasi kuasa. Strategi ini dikenali sebagai dasar pecah dan perintah (Posner, Spier, dan Vermeule, 2010).
Sewaktu tempoh penjajahan, British telah membuat dasar pecah dan perintah di Tanah Melayu dan menyebabkan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai ras dan kaum berpecah dan dimanipulasikan mengikut kepentingan British. Kaum-kaum utama yang wujud pada masa itu yang terdiri daripada tiga teks kod rumpun utama iaitu Melayu, Cina dan India dikelaskan mengikut jenis pekerjaan dan sistem Pendidikan yang berbeza-beza. Melalui dasar ini, orang melayu ditempatkan di kawasan luar bandar yang kebanyakan mencari rezeki dengan menjadi nelayan dan petani. Manakala kaum Cina pula menetap di kawasan bandar dan menguasai segala aktiviti ekonomi serta melibatkan diri dalam bidang perlombongan yang begitu mnguntungkan. Masyarakat India pula tinggal dan bekerja di pinggir bandar yakni di ladang-ladang sebagai penggerak utama industri perladangan pada waktu itu.
Penulisan ilmiah ini membincangkan tentang satu kesan positif dan satu kesan negatif dasar pecah dan perintah pada zaman kolonial terhadap pembentukan masyarakat pluralistik di Malaysia.
2.0       KESAN POSITIF DAN NEGATIF DASAR PECAH PERINTAH PADA ZAMAN KOLONIAL TERHADAP PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURALISTIK
2.1       KESAN POSITIF : PENGEKALAN IDENTITI DAN BUDAYA KAUM
Malaysia adalah masyarakat berbilang etnik, pelbagai budaya, dan pelbagai bahasa, dan kumpulan-kumpulan etnik ini mengekalkan identiti kebudayaan yang berbeza. Masyarakat Malaysia telah digambarkan sebagai "Asia dalam miniatur" (Andaya, Barbara Watson; Andaya, Leonard Y, 1982). Hal ini disebabkan Malaysia merupakan sebuah negara bangsa merdeka yang memiliki komposisi masyarakat majmuk yang terdiri daripada berbilang agama, bangsa, bahasa, budaya dan adat resam. Kesan positif utama yang dapat dilihat daripada dasar pecah dan perintah yang telah dilakukan oleh British semasa penjajahan ke atas Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak ialah pengekalan kepada identiti dan budaya kaum masing-masing.
Perbezaan budaya pelbagai kaum di Malaysia merupakan salah satu ciri unik negara ini (Dr Azman Ismail, 2018). Budaya seperti bahasa, cara hidup, sistem kepercayaan, adat resam, komunikasi dan sebagainya terbentuk hasil hubungan manusia dengan persekitaran masing-masing dan keupayaan potensi diri yang mereka dimiliki. Umumnya, manusia pelbagai ras, kaum atau etnik dengan perbezaan latar belakang sosiobudaya ini, bertemu dan hidup dalam wilayah yang sama hingga membentuk masyarakat yang plural. Secara mudah, keadaan ini disebut sebagai kepelbagaian budaya.  
Kumpulan etnik terbesar di Malaysia ialah kaum Melayu, Cina dan India. Kaum-kaum ini adalah kumpulan etnik majoriti di bahagian Semenanjung Malaysia. Namun begitu, terdapat juga sebilangan kecil kaum ini yang menetap di Sabah dan Sarawak. Selain daripada tiga kelompok etnik utama itu, Malaysia juga mempunyai kepelbagaian kumpulan etnik peribumi. Kebanyakan etnik peribumi ini terdapat di negeri Sabah dan Sarawak. Namun begitu, Semenanjung Malaysia juga mempunyai penduduk dari kaum etnik peribumi yang dikenali sebagai Orang Asli.
Rajah 1 : Taburan Peratusan Penduduk Mengikut Kaum di Malaysia pada Tahun 2010 dipetik daripada http://e-foliodua6022.blogspot.com/2017/09/pantang-larang-dan-batas-pergaulan-bagi.html
Selain itu, masyarakat Malaysia juga mempunyai pelbagai agama. Hal ini merupakan satu pengekalan identiti kaum masing-masing dari tempat asal mereka. Lu Hon Sun (1989) menyatakan bahawa isu keagamaan bukanlah merupakan faktor yang merenggangkan hubungan etnik. Di Malaysia amnya, perpaduan dalam kalangan orang Melayu melalui Islam merupakan setujuan bagi Melayu sendiri tetapi merupakan paksaan bagi masyarakat keseluruhan. Dalam erti kata lain, ia memupuk jarak sosial dalam kalangan orang bukan Islam. Namun jarak ini dapat disatukan dengan penyatuan budaya dan penyatuan institusi (kemasyarakatan dan sebagainya).
Rajah 2: Taburan Penduduk Malaysia Mengikut Agama di Malaysia, Jabatan Perangkaan Malaysia 2010 dipetik daripada http://www.statistics.gov.my/portal/index.php?option=com_content&view=article&id=1215&lang=bm
Walaupun Islam adalah agama rasmi negara, Perlembagaan Malaysia menjamin kebebasan beragama. Kaum Melayu menganut agama Islam dan bertutur dalam Bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai dialek lain yang bersifat kedaerahan dan keturunan turut dituturkan oleh bangsa Melayu. Kaum ini berpegang kepada adat resam Melayu yang diwarisi daripada generasi terdahulu di dalam kehidupan seharian mereka. Perayaan utama kaum Melayu ialah hari Raya Aidilfitri dan hari Raya Korban.
Kaum Cina kebiasaannya menganut agama Buddha atau Kristian. Terdapat tiga dialek berbeza di dalam Bahasa Cina yang dituturkan oleh masyarakat Cina di Malaysia. Dialek tersebut ialah Hokkien, Kantonis dan Mandarin. Mereka mengamalkan adat resam kehidupan kaum Cina sebagaimana yang diamalkan di Tanah Besar Cina. Perayaan utama masyarakat Cina ialah Tahun Baru Cina.
Kaum India adalah kumpulan etnik terkecil di antara ketiga-tiga kumpulan etnik utama di Malaysia. Mereka kebanyakannya bertutur dalam Bahasa Tamil dan menganuti Hindu. Mereka juga berpegang teguh kepada adat resam seperti yang diamalkan oleh kaum India di Selatan India. Perayaan utama masyarakat India ialah Deepavali.
Kajian  oleh Abdul Salam Muhammad  Shukri  (2005),  UIAM  berjudul  “Does  Religious  Tension Exist  in  Malaysia?  A  Survey  of  Malaysian  Newspaper  Report  on Religious    Tension    Incidents    From    1997-2003” menyatakan bahawa Ketegangan  agama  kerap berlaku  dimana  sahaja, namun di  Malaysia ianya  masih  ditahap  yang  dapat  dikawal. Menurut Shamsul Amri Baharuddin (2007), hubungan etnik merupakan satu ciri penting yang mencorakkan sistem sosial Malaysia dan seterusnya mewarnai kehidupan harian semua rakyat Malaysia.
Aspek  asimilasi sosial dan  toleransi  agama  menjadi  aspek  penting dalam   kajian   pembangunan   sosial.   Kajian-kajian   yang   dilakukan menunjukkan    bahawa    dibawah    sistem    pemerintahan    yang mendukung  agama  Islam  sebagai  agama  rasmi,  agama-agama  lain tetap  boleh    dipraktikkan    tanpa    gangguan.    Ini    dijamin dalam Perlembagaan dibawah   kebebasan   beragama   yang   telah   lama dipegang dan diamalkan. Hal ini menunjukkan bahawa, dasar pecah dan perintah yang diperkenalkan oleh British telah memberi peluang kepada kaum-kaum di Malaysia untuk mengekalkan budaya, bahasa, dan agama masing-masing. Seperti kata hikmah Melayu “biar mati anak, jangan mati adat”, secara tidak langsung pengekalan identiti dan toleransi antara kaum telah menonjolkan keunikan Malaysia di mata dunia.


2.2       KESAN NEGATIF : KETIDAKSEIMBANGAN EKONOMI ANTARA KAUM
Lu hon Sun (1989) menegaskan antara dasar yang betul-betul memberi kesan ialah Dasar Pecah Perintah British yang mewujudkan perbezaan etnik, ekonomi, politik dan sistem pendidikan Vernakular. Urbanisasi juga melibatkan penempatan penduduk berbeza mengikut ras. Selain itu apabila mereka telah berjaya membentuk dunia masing-masing maka tidak hairanlah sekiranya ia dikuatkan dengan faktor-faktor lain seperti akhbar pelbagai bahasa dan persatuan pelbagai kaum yang menguatkan perkauman. Begitu juga Sulaiman Salleh (1977) berkata antara faktor utama ialah ketidakseimbangan ekonomi, bermula dari Dasar Inggeris dahulu dan masalah penempatan penduduk dan pembangunan wilayah.
Shamsul Amri Baharuddin (2011) berpendapat Fasa Konflik bermula sebaik sahaja Perang Dunia Kedua tamat sehingga pada tahun 1960. Dalam tempoh tersebut, masalah ancaman komunis dan darurat pada tahun 1948 menjadikan keadaan konflik serta saling tidak mempercayai dalam kalangan kaum Melayu ke atas Cina. Keadaan ini berlarutan sehingga pada tahun 1960 dan berakhir apabila komunis menyerah diri sepenuhnya. Walau bagaimanapun, Fasa Konflik ini tidak berakhir begitu sahaja, sebaliknya ketegangan masih berlaku walaupun dalam keadaan lebih stabil dan dikenali sebagai Fasa Stabil tetapi Tegang antara tempoh tahun 1960-1970. Lim (2003) berpandangan pada masa tersebut keadaan sosio-ekonomi dan masyarakat dalam keadaan serba kekurangan. Bermula dari saat itulah muncul konflik antara kaum terutamanya Melayu dengan Cina disebabkan oleh perbezaan jurang ekonomi yang tidak seimbang dan perasaan saling tidak mempercayai antara kaum.
Text Box: Melayu dan BumiputeraA picture containing screenshot

Description automatically generated
Carta 1 : Pendapatan Purata Bulanan Isi Rumah Mengikut Kaum (1970-2012) dipetik dari https://www.waktusolat.net/kzso.blogspot.co.uk/2014/01/wahai-umat-melayu-islam-baca-artikel.html
Rakyat Malaysia kini boleh dikatakan sedang menikmati kualiti hidup yang tinggi berbanding pada tahun 1980. Namun, ketaksamaan pendapatan di kalangan kumpulan etnik dan antara kawasan bandar dan luar bandar dilihat makin mengalami peningkatan. Perlaksanaan perancangan pembangunan dan pengagihan yang tidak seimbang dan penerima faedah yang tidak dilaksanakan secara telus menimbulkan masalah kebocoran dalam sistem perlaksanaan. Oleh yang demikian, amalan tadbir urus yang baik adalah perlu dalam memastikan aspek pertumbuhan dan pengagihan dapat dicapai secara serentak.


3.0       PENUTUP
Kebebasan setiap bangsa untuk mengamalkan kepercayaan, adat resam dan kebudayaan masing-masing menjadi asas kepada kesejahteraan negara. Selain dari itu, sikap toleransi antara kaum yang diamalkan turut menjadi benteng kepada anasir-anasir yang boleh mengakibatkan ketegangan hubungan antara kaum. Sesungguhnya perpaduan yang dicapai ini adalah merupakan suatu anugerah yang perlu disyukuri dan dihargai oleh seluruh rakyat Malaysia.
Aspek seperti sosio-ekonomi, pendidikan, taraf kesihatan dan pengekalan ekonomi sejak zaman dasar pecah dan perintah British di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak merupakan penyumbang kepada ketakseimbangan pembangunan ekonomi negara secara keseluruhan. Oleh itu, langkah-langkah perlu dilaksanakan bagi menjayakan pembangunan koridor antara wilayah yang dibentuk. Namun, adalah diharapkan segala perancangan pembangunan yang telah dibentuk dapat dilaksanakan dengan sempurna dan bukan sekadar ‘hangat-hangat tahi ayam’ agar pembangunan ekonomi yang mapan dapat diperolehi.

Comments

Popular posts from this blog

Sejarah seni tari Sumazau Papar dan fungsi props yang digunakan dalam tariannya

proses kemodenan, pamalan om pomogunaan do boros Kadazandusun id sikul, koburuon id sistom komoi boros om kodolinan boros Kadazandusun om tantaman id timpu dumontol do boros Kadazandusun