Taman Pertanian Lagud Seberang Tenom


Taman Pertanian Lagud Seberang Tenom
Nokoruba oku bunga di miagal ngaran ku " LILY "

Taman Pertanian Sabah merupakan salah satu tempat yang menarik dan mempunyai  pelbagai spesies tanaman. Ia terletak di Lagud Sebrang kira-kira 10 km daripada Bandar Tenom.  Dengan berlatar belakangkan Banjaran Kroker (banjaran terpanjang di Malaysia), wujud pemandangan yang indah di taman ini. Tempat ini juga menyediakan persekitaran yang ideal untuk aktiviti yang berkaitan dengan alam sekitar dan membuatkan tempat ini sesuai sebagai salah satu tempat percutian.
Taman Pertanian Sabah ini juga mengandungi pelbagai tempat:

  •  Pusat Orkid Semula Jadi
  •  Muzium Tumbuh-tumbuhan Hidup
  •  Pusat Lebah
  •  Koleksi Plasma (Germplasm Collection)
  •  Taman yang dihias
  •  Taman Hoya
  •  Taman Evolusi (Evolution Garden)
  •  Hutan Agro-Forestry
  •  Tasik Sapong
  •  Tasik Rundum
  •  Taman Haiwan
  •  Jungle Trekking

  • Para pengunjung juga berpeluang untuk menerokai sendiri tempat-tempat di Taman Pertanian Sabah serta melihat pelbagai spesies tumbuhan, serangga dan burung liar yang amat menarik dan mempersonakan.
    Pengangkutan
    Dengan menaiki kereta persendirian dari Kota Kinabalu sejauh kira-kira 200 km (3 jam perjalanan).
    Dengan keretapi dari Kota Kinabalu ke Beaufort dan seterusnya meneruskan perjalanan dari Keningau – Tambunan dengan kereta.
    Dengan menaiki bas atau teksi di Padang Merdeka / Kota Kinabalu / Tenom jangkamasa bertolak antara jam 6.00 pagi hingga 5.00 petang.
    Jika para pengunjung memilih untuk menaiki bas atau kereta api, mereka perlu menukar bas di bandar Tenom iaitu 15 km dari Taman Pertanian Sabah.
    Kos
    BUTIR-BUTIR
    DEWASA
    (RM)
    Pelajar
    KANAK-KANAK
    (6 TAHUN KE BAWAH)
    (RM)
    Pelancong Tempatan
    10.00
    Separuh Harga
    Percuma
    Pelancong Asing
    25.00

    Percuma
    Sebarang maklumat atau pertanyaan tentang Taman Pertanian Sabah,
    sila hubungi:
    Park Manager
    Taman Pertanian Sabah
    WDT, 28
    89909 TENOM,
    SABAH, MALAYSIA.
    Tel : 6087-737952 / 737558
    Fax : 6087 – 737571
    E-mail : agripark@sabah.net.my
    http://ww2.sabah.gov.my/ppnskl/tempat_menarik_sabah/taman_pertanian_tenom.html
     
     
     





     

    Comments

    Popular posts from this blog

    kesan positif dan satu kesan negatif dasar pecah dan perintah pada zaman kolonial terhadap pembentukan masyarakat pluralistik di Malaysia

    Sejarah seni tari Sumazau Papar dan fungsi props yang digunakan dalam tariannya

    proses kemodenan, pamalan om pomogunaan do boros Kadazandusun id sikul, koburuon id sistom komoi boros om kodolinan boros Kadazandusun om tantaman id timpu dumontol do boros Kadazandusun